Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil India Johor  ( Johor Indian Petty Traders  & Small Business Association )  atau dalam singatan Bahasa Inggeris JIPTA didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Matlamat Persatuan ini ialah:

1. Matlamat utama persatuan ini adalah ialah menyatupadukan semua penjaja dan peniaga kecil india diseluruh negeri johor serta mengukuhkan ikatan muhibah, semangat     
 kerjasama dan tolong menolong supaya dapat meningkatkan peluang perniagaan di kalangan ahli serta   mewujudkan perpaduan di antara peniaga1 dan penjaja, juga  Menjadi satu platform pengaduan bagi menangani masalah ahli-ahli serta mendidik, melatih dan membimbing para ahlinya untuk memperolehi kemahiran dan pengalaman        Di bidang pengurusan perniagaan.

2. Persatuan juga akan membantu ahli mendapatkan pinjaman perniagaan melalui syarikat jaminan kredit (cgc), bank-bank tempatan, dan juga melalui agensi kerajaan seperti  pinjaman mikro kredit, tekun, amanah ikhtiar dan pinjaman-pinjaman lain untuk meluaskan perniagaan ,   
membeli peralatan baru dan juga untuk menceburi perniagaan   baru.persatuan juga akan membantu ahli mendapatkan lessen pasar malam, pasar tani,pasar borong dari majlis tempatan dan persatuan juga akan menganjurkan bazar   perayaan, expo perdagangan dan aktiviti lain  untuk mengalahkan ahli meluaskan perniagaan dan mendapatkan pendapatan. persatuan juga akan membantu ahli pada  masa   menghadapi kesulitan dan akan menjadi perantara untuk selesaikan masalah yang timbul antara ahli dan masalah yang timbul berkaitan perniagaan.

3. Persatuan juga akan membantu ahli –ahli baru dari kalangan belia dan beliawanis yang tiada pengalaman untuk tingkatkan perniagaan mareka berdaya maju dan akan  membantu mendapatkan bantuan dari kerajaan serta membimbing mereka sehingga mencapai kejayaan. 
persatuan juga akan membantu ahli dari kalangan ibu tunggal  dengan mendapat bantuan dari amanah ikhtiar malaysia sebuah agensi kerajaan pusat yang bermatlamat untuk membantu ibu tunggal seperti pinjaman, latihan dan     bimbingan.

4. Persatuan juga akan mewujudkan perpaduan dan mewujudkan kerjasama dengan persatuan penjaja dan peniaga kecil melayu / cina dan juga dengan dewan perniagaan   india bertaraf negeri dan kebangsaan untuk faedah ahli.
Persatuan juga boleh bergabung dengan persatuan persatuan penjaja dan peniaga kecil bangsa lain dan juga   dengan  dewan perniagaan perindustrian india yang bertaraf negeri dan pusat. persatuan ini juga boleh menerima  persatuan perniagaan kecil peringkat daerah atau   kawasan sebagai persatuan gabungan untuk memberi bantuan dan nasihat yang diperlukan.

5. Persatuan ini akan melaksanakan inisiatif-inisiatif komuniti melalui unit pembangunan sosio-ekonomi masyarakat india (sedic), jabatan perdana menteri (jpm). segmen    yang disasarkan terdiri daripada ahli dan masyarakat india dari kalangan ibu tunggal, golongan yang tercicir, 
belia yang menganggur dan kumpulan yang tiada akses kepada       peluang pasaran.untuk menjayakan sasaran ini persatuan akan mengadakan hubungan yang rapat dengan semua kementerian yang ada hubungan dengan perniagaan, ekonomi. serta adakan hubungan baik dengan  kerajaan tempatan. dengan ini semua matlamat, hasrat persatuan dan bantuan kerajaan dapat salurkan kepada semua ahli.

6. Persatuan akan menjaga kebajikan am ahli-ahli persatuan dan persatuan juga akan menyalurkan bantuan berupa dana khairat kematian kepada waris ahli yang telah  meninggal dunia bagi meringankan bebanan yang mereka tanggung.
About Us image
I BUILT MY SITE FOR FREE USING